Pameran Terbuka Malaysia 2005 telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Kesenian; Datuk Seri Rais Yatim yang ditemani isteri Datin Seri Maznah Rais. Turut hadir di majlis tersebut, Dato' Jins Shamsudin, Datuk Syed Ahmad Jamal, En Tajuddin Ismail, dan ramai lagi pelukis-pelukis tanahair. Majlis ini turut dimeriahkan dengan Rumah Terbuka Balai Seni Lukis Negara.
Lebih kurang 84 buah lukisan dan hasil seni yang dipamerkan pada tahun ini dengan penyertaan lebih drpd 25 orang pelukis tempatan. Salah seorang daripada pelukis terbabit adalah ahli Children of Art iaitu Mohd Hafiz Razak dengan karyanya 'Entangled I'.
Tahniah diucapkan...